Assalamualaikum dan hai kepada pembaca semua, di sini saya akan berkongsi beberapa aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak istimewa. Aktiviti yang dipilih mempunyai objektif yang tersendiri seperti menstabilkan emosi, meningkatkan kemahiran motor dan pelbagai lagi. Aktiviti ini boleh dilakukan kerana ia dapat membantu anak bekeperluan khas menjadi lebih kreatif dan befikir namun pada masa yang sama menyeronokkan.
ART STONE
Menurut Osman Hashim (2007), komponen pendidikan seni mempunyai matlamat yang menjurus kepada memenuhi keperluan perasaan individu. Pendidikan seni dalam kurikulum Pendidikan Khas dapat mengembangkan potensi kanak-kanak, mengembangkan bakat, kreativiti dan perkembangan sosial. Oleh itu, art stone dipilih sebagai aktiviti kerana ia merupakan salah satu terapi seni yang dapat menstabilkan emosi dan menyeronokkan. Saya telah mempunyai pengalaman menjalankan aktiviti Art Stone di PDK Taman sri Gombak dan dilihat para pelatih merasa seronok dan memberikan penyertaan yang aktif. Gambar tersebut menunjukkan salah seorang pelatih yang sedang mengikuti aktiviti ini. Art stone mampu menjadi saluran kepada kanak-kanak untuk melahirkan perasaan dan sumber untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan. Antara manfaat daripada terapi seni ini adalah: (a) Mewarna sebagai Medium Komunikasi mewarna merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi.
(b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui mewarna, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.
(c) Mewarna untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem) Aktiviti mewarna dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka.Melalui aktiviti mewarna, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.
TERAPI MUZIK
Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik klinikal dan evidence -based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian.. Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.
Definisi: Menurut The American Music Theraphy Association (Peters, 2000), terapi muzik bermaksud ”a planned, goal-directed process of ineraction and intervention, bassed on assessment evaluation of individual clients specific needs, strengths, and weakness, in which music or music based experiences examples: (singing, playing music instruments, moving or listening music) are specifically prescribed to be used by specially trained personnel to influence positive changes in an individual’s condition, skills, thoughts, feelings or behaviours”.
Matlamat Terapi Muzik
Meningkatkan kemahiran kawalan tingkah-laku.
Meningkatkan kemahiran penglihatan dan pendengaran.
Meningkatkan kemahiran akedemik
Meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
Meningkatkan kemahiran bermuzik.
Meningkatkan kemahiran berseronok.
Di sini saya seretakan video bagaimana muzik boleh dijadikan terapi kepada anak istimewa yang memberi manfaat untuk menstabilkan emosi kanak-kanak.