TEKNOLOGI PENDIDIKAN
  • TENTANG SAYA
  • BLOG PENDIDIKAN
  • TUGASAN SAYA
  • REFLEKSI SAYA

 REFLEKSI 1

Tutorial telah bermula pada minggu kelima dan ini merupakan kelas pertama bersama Dr Fariza. Sebelum memulakan tutorial, kami telah berkenalan sesama sendiri termasuk Dr. Fariza bagi sesi ice breaking.  Kemudian penerangan mengenai tugasan telah dilakukan. Antara tugasannya ialah:
1. Membuat blog
2. Bahan bantu mengajar 3D
3. Membuat kulit buku
Kemudian, kami membuat akaun acdemia untuk memudahkan pencarian artikel jurnal supaya enjin pencarian lebih mudah.


Picture

REFLEKSI 2

Media tradisional terbahagi kepada 3 iaitu :
1. Bahan cetak
2. bahan percuma
3. display surface
Media tradisional boleh digunakan dalam pendidikan dan pembelajaran dalam bilik darjah. Disertakan video mengenai peranan media tradisional dalam pendidikan.

REFLEKSI 3

Picture
Untuk menjadikan PdP yang berkesan  penggunaan media digunakan di kelas. Kami telah membentangkan tentang tajuk Liquid Crystal Display. Liquid Crystal Display merujuk kepada medium yang digunakan untuk memaparkan  maklumat daripada komputer. Cahaya akan melalui lapisan hablur cecair dan bewarna lalu menghasilkan imej yang boleh dilihat.
​

Aktiviti yang menggunakan lcd dalam pembelajaran:
~ tayangan video
~ alat demonstrasi
~ ‘show and tell’
~ mengajar muzik
~ Paparan carta, peta dan graf

REFLEKSI 4 

Minggu ini kami telah didedahkan dengan FOTOGRAFI. ia merupakan satu bidang yang penting bagi seseorang yang suka mengambil gambar. Bahkan pelbgai teknik yang perlu dipelajari untuk mendapatkan gambar yang cantik dan menarik. Ini merupakan antara teknik yang ada untuk mengambil gambar.
                   RULE OF THIRD                                              FAST SHUTTER                                     PANORAMA
                      FLAT LAY                                                            SLOW SHUTTER

REFLEKSI 5

Minggu ini kami telah didedahkan dengan Aurasma yang merupakan aplikasi untuk menjadikan sesebuah video itu menarik. Kami telah belajar cara menggunakan aplikasi ini dan bagaimana untuk memasukkan video. Ia merupakan salah satu teknologi yang boleh digunakan dalam bilik darjah kerana ia berbentuk interaktif dan menarik. Di situ saya sertakan demo untuk menggunakan aplikasi aurasama.

Picture
Picture

REFLEKSI 6

Picture
Pada minggu ini merupakan minggu pembentangan kulit buku dan Bahan Bantu Mengajar 3D. Di sini dapat dilihat pelbagai jenis BBM yang dihasilkan yang sangat kreatif dan mampu menarik minat pelajar namun masih menyeronokkan. Malah, kulit buku yang dihasilkan turut menarik dan mempunyai tema masing-masing. Contohnya, tema makanan, flora, nature dan sebagainya. Gambar-gambar yang ditangkap turut menarik perhatian kerana menggunakan teknik fotografi yang dipelajari dalam kursus ini. Teknologi pendidikan ini merupakan kursus yang mampu menjadikan bakal pendidik lebih kreatif dalam menjadikan pembelajaran dan pengajaran lebih menarik dan memberi input yang terkini
Powered by Create your own unique website with customizable templates.
  • TENTANG SAYA
  • BLOG PENDIDIKAN
  • TUGASAN SAYA
  • REFLEKSI SAYA